Sunday, July 15, 2012

Fakta Menarik Tentang Orang Johor

Bismillahhirrahmannilrahim..

assalammualaikum semua..
tadi rai tengah baca post2 kat wall group ANAK JOHOR..
ada satu post ni yang rai sangat2 interested nak kongsi dgn korang semua..
tentang bahasa & percakapan orang Johor..
ini hanyalah pendapat & pemerhatian daripada seorang member dlm group berkenaan..


"Fakta menarik mengenai orang Johor .

1- Kami tidak mempunyai loghat tersendiri. Tapi kebanyakan ayat dalam pertuturan kami diakhiri dengan perkataan 'ekkk' .

2- Apabila kami bercakap mengenai Johor, kami merujuk kepada Johor Bahru iaitu ibu negeri .
Contoh : Jom teman aku pergi Johor Premium Outlet kat Johor tuu !

3- Perkataan Johor disebut dengan bunyi Joho .

4- Kami selalu sebut 'sangap' iaitu sama erti dengan menguap .

5- Kami mencipta Mi Bandung walaupun pada hakikatnya mi ini tidak ada kena mengena dengan Bandung, Indonesia atau air sirap bandung .

6- Kami menggelar almari sebagai gerobok atau gobok , manakala selimut pula dipanggil gebor.

7- Hanya orang Johor sahaja yang ada endut , dan berendut . *Can be considered as ber-pakwa-
makwa .

8- Kebanyakan orang Johor terutamanya di bahagian selatan banyak menggunakan perkataan
'anu' sebagai ganti kepada perkataan tolong . Di Johor , anu bukan perkataan lucah yer .

9- Kebanyakan perkataan yang berakhir dengan 'ar' , kami menyebutnya dengan sebutan 'or' . Contoh : muor (muar) , ulor (ular) , tukor (tukar) , bior (biar) .

10- Mas kahwin di Johor paling murah , cuma RM22.50 jer !

Ini pula senaraikan beberapa perkataan orang Johor yang Nampak macam best dalam bentuk ayat.

01. “Macam mana nak buat ek?”, “Kenapa ek?”.
Ek tak membawa apa-apa maksud sebenarnya, mungkin dah menjadi trademark lidah orang Johor yang sememangnya gemar berkata ek. Sesiapa yang lahir di Johor mungkin tidak terlepas dengan skema ayat ni.

02. “Kawan dah lama sampai, ko kat mana?”, “Orang tak ambil lah”.
Kawan dan orang merujuk sebagai kata ganti nama diri saya, aku atau sebagainya. Perkataan kawan tu tiada kena mengena pun dengan teman atau sahabat. Walaupun mereka bermusuh antara satu sama lain, mereka tetap menjadi kawan.

03. “Aku nak pergi Johor hari ni”. 
Johor bermaksud Johor Bahru. So, lepas ni kalau korang berada di negeri Johor, tidak kira di daerah mana sekali pun. Bila ada orang tempatan cakap nak pergi Johor. Ianya bermaksud Johor Bahru.

04. “Atuk rumah hujung sana berkemban je”.
Aku jarang dengar perkataan ni lagi sebenarnya. Mungkin mereka yang kekampungan masih lagi menggunakannya. Atuk disini bermaksud nenek dan atuk pula bergelar tok bak atau yg sama waktu dgn nya. Korang jangan keliru pula.

05. “Balance duit ko ada atas gerobok aku, ambil lah”. 
Bila aku sebut gerobok mesti ada yang berfikir sejenak. Menatang apa tu? Gerobok disini bermaksud almari dan tiada kena mengena dengan gerabak kereta api.

06. “Gebor yang aku jemur semalam tak kering lagi lah”.
Gebor ni biasanya digunakan bila korang nak masuk tidur (selimut).
 
07. “Berlenggeng je lah, mengada-gada pakai baju buat apa, rumah ni dah lah panas macam neraka”.
Berlenggeng bukan bermaksud legging yang tengah hangat digayakan wanita masa kini, tetapi membawa maksud tidak memakai baju.

08. “Ko asyik sangap je, kalau ngantuk tidur lah”.
Sangap bermaksud menguap. Perkataan macam ni aku jarang gunakan sebab orang lain mesti fikir benda lain.

09. “Lepak lah hari ni, tidur je lah”. Kawan aku pernah cakap dekat aku “kau dah penat nak lepak apa nya
lagi?” 
Aku pun berfikir dua, tiga kali pasal dah letih sangat. Lepak disini bermasud penat, dan bukannya nak lepak dekat mana-mana.

10. “Semangka kat gerai hujung sana manis wooo..”.
Semangka merupakan sejenis buah, ianya juga dikenali sebagai tembikai. So, jangan pelik bila dengar orang cakap semangka."



ini adalah apa yang rai amik drpd pandangan ahli group..
actually, banyak lagi..
tapi hanya akan sedar bila kita berbual2 ngan org Johor..
hehe..tak per la..
sedikit sebanyak dapat jugak kenal org Johor ni macamana kan..
(^_^)

0 comment:

Post a Comment