Friday, September 23, 2011

Dunia Kawan & Persahabatan

salam jumaat para blogger..

harini tetiba terdetik kat hati nak bercerita tentang
kawan,
sahabat,
teman..
for sure, semua org ada kawan kan?..
kawan ialah seseorang yang kita boleh percayai,
yang kita hargai, tempat meluahkan perasaan, pendapat
dan sebagainya..
tapi jangan treat kawan macam pembuli..
tak baik ok..dye kawan, sahabat kita..
and
bler berkawan, kita kena tahu gak batas2..
kena pandai jaga hati & perasaan..
kalau tak, boleh timbul perasaan tak puas hati..

rai pasti dalam persahabatan,
mesti pernah bergaduh kan?..
tipu la berkawan kalau tak pernah bergaduh & kecik hati..
tapi,
itulah nama nye adat..

antara adat-adat dalam persahabatan,

1) Yang paling penting, menghargai kehadiran mereka. Sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka. Contohnya, jika seorang kawan itu berada dalam keadaan susah hati, kita seharusnya memainkan peranan untuk menggembirakan mereka.

2) Jangan pentingkan diri sendiri. Dalam belajar, sesetengah situasi kita boleh alpa dengan kehadiran kawan kita. Elakkan perkara ini terjadi. Dalam mnyebarkan ilmu, sesungguhnya kita tak boleh ada sikap pilih kawan. Kerana ilmu itu semakin disebarkan semakin bertambah ilmu didada kita nanti. (tetapi jarang orang nak sedar hal ni..)

3) Cara percakapan dan pertuturan. Semasa bercakap dengan kawan, elakkan bercakap dengan nada yang tinggi. Jangan gunakan bahasa yang kasar. Kalau hal itu terjadi, walaupun kawan kelihatan biasa-biasa je depan kita, tetapi dihatinya dah beribu kali mengutuk kita. Percayalah. (ingatan untuk diri aku jugak ni..hihihi)

4) Jangan nak suka mengarah2 kawan. Seseorang kawan itu tentunya tak suka kalau asyik diarah-arah. Mungkin dia akan buat tanggapan negatif kat kita. Nak ker camtu???Kalau boleh, elakkan menjadi Lady Boss yer..kita berkawan untuk selamanya bukan untuk sehari dua. Ingat tu..!!

5) Sentiasa tolong menolong antara satu sama lain dan menghormati kawan. Kawan yang sejati adalah kawan sentiasa ada dengan kawannya. Malah, kawan yang sejati juga tidak merendah-rendahkan kawan2 nya lain tetapi akan berusaha menutupi kelemahan masing-masing dan saling melengkapi.

(artikel ini di copy dari blog)

rai sekadar nak share dgn semua..
sebab rai pun pernah berhadapan masalah dgn kawan2..
memang agak menyampah..
tapi redha jer la..
walaupun da knal lama..

sampai di sini sahaja..
pesanan terakhir, 
Berkawan dengan sesiapa pun biarlah ikhlas..
Jangan dipandang fizikal & pemikiran..
Jangan dipandang harta benda..
Jadilah sahabat yang memahami..
Sahabat Sejati..
yang sentiasa ada disisi selalu..
bukan waktu susah dicari, waktu senang dilupai..

Appreciate your friends..



salam jumaat.. :)

0 comment:

Post a Comment